Nama Beta Sultan Alauddin oleh Faisal Tehrani

Keistimewaan : Kosa kata luas, gaya santai, kaitan dengan sejarah

Ulasan: Sebenarnya sudah lama aku ingin perkenalkan penulis ini dalam lelamanku tetapi kerana terlalu banyak karyanya yang aku gemari, susah untuk memilih karya mana yang hendak diketengahkan. Akhirnya aku memilih buku ini kerana ia sesuai untuk semua golongan. Tajuk bukunya sudah jelas menggambarkan bahawa kisahnya mengenai seorang sultan yang cukup terkenal di dalam sejarah Melayu. Cara ia ditulis sesuai untuk kanak-kanak. Satu pendekatan yang menarik untuk mengajar para muda-mudi mengenali sejarah mereka, satu bidang yang sebenarnya amat penting dalam kehidupan kita tetapi sayangnya selalu diabaikan dalam pendidikan.

Biasanya aku akan membaca buku cerita bertemakan sejarah dengan penuh hati-hati kerana kebanyakan buku sedemikian lebih cenderung disensasikan daripada mengetengahkan fakta sejarah yang sebenar dan tepat. Besar kemungkinan kerana penulisnya menganggap tidak perlu terlalu teliti tentang fakta disebabkan ia sekadar buku cerita, bukan buku teks. Berlainan pula dengan penulis ini, biasanya buku-bukunya jelas digarap berdasarkan hasil penyelidikan yang mendalam. Karyanya-karyanya sebelum ini pun banyak mengaitkan sejarah dalam jalan ceritanya. Semoga lebih banyak buku bertemakan sejarah yang bermutu tinggi sebegini dihasilkan.

B

U

K

U

 

L

A

I

N